mutakhir

Pos kelongsong ketupat [METROTV]

Oleh Ahmad Ismail

PENGANYAM kelongsong ketupat, Rom Taib, 58, kini sibuk menyiapkan tempahan berkenaan dan bagi memudahkan pelanggan, ia akan dipos kepada mereka.

“Proses menganyam ketupat remeh dan kerana itu ramai yang menempahnya kerana mereka ada banyak kerja lain perlu diselesaikan.

“Pada masa sama, mungkin ramai yang tidak dapat pulang beraya ke kampung dan kerana itu mereka hanya menempahnya daripada saya,” katanya.

Menurut Rom, dia mula menerima tempahan kelongsong ketupat melalui aplikasi WhatsApp sejak beberapa hari lalu.

Katanya yang mengambil tempahan sejak belasan tahun lalu, tempahan datang daripada pelanggan di Pahang, Kuala Lumpur, pantai timur selain Singapura.

“Saya berusaha untuk memudahkan urusan pelanggan dan kelongsong ketupat ini akan di pos ke destinasi masing-masing.

“Tahun ini tempahan agak menurun namun apa yang ada ini masih memadai buat saya.

“Siap kelongsong ketupat dijual pada harga 35 sen hingga 45 sen, bergantung kepada kuantiti dan saiznya. Ia tidak termasuk kos pos,” katanya yang turut dibantu anak serta rakan untuk menyiapkan tempahan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 3, 2020 @ 4:42pm
    d