mutakhir

UiTM Sarawak hasilkan 'hand sanitizer'

Oleh Melvin Joni

UNIVERSITI Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak menghasilkan ‘hand sanitizer’ bagi menampung keperluan di hospital negeri ini menghadapi penularan wabak Covid-19.

Cecair pembasmi kuman itu dihasilkan dengan kepakaran staf Pusat Pengajian Sains Gunaan UiTM Kampus Samarahan 2.

Rektor UiTM Sarawak, Datuk Jamil Hamali berkata, sebanyak 50,000 mililiter pembasmi kuman dihasilkan dan dibotolkan untuk diagihkan kepada hospital yang memerlukan di sekitar Kuching dan Samarahan.

“Proses penghasilan dimulakan Jumaat lalu di Makmal Kimia Kampus Samarahan 2 mengikut formulasi yang disyorkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, lebih 200 botol pembasmi kuman 100, 150 dan 500 mililiter dihasilkan.

Terdahulu wakil Rektor UiTM Cawangan Sarawak, Mazlan Takap dan Dr Kamaruddin Jeraie menyerahkan bahan itu kepada beberapa pihak antaranya Pusat Kuarantin INTAN, Pusat Kuarantin Infra dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Samarahan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 5, 2020 @ 4:27pm
    d