mutakhir

Dah selamat sampai

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

 

SUAMI isteri yang didakwa cuba membunuh diri selepas dipercayai tidak mendapat tempat untuk menaiki penerbangan khas ke Malaysia sudah selamat tiba semalam.

Sumber ketika dihubungi berkata, kedua-dua mereka sudah selamat tiba ke Malaysia hasil bantuan kerajaan dan pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi.

“Bagaimanapun kita tidak dapat mengulas lanjut mengenai insiden itu, cuma mereka berdua selamat,” katanya.

Media tempatan di India melaporkan suami isteri terbabit cuba membunuh diri selepas dipercayai tidak mendapat tempat untuk menaiki penerbangan khas ke Malaysia.

Insiden mencemaskan itu berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Tiruchi.

Pasangan terbabit dipercayai berusia 55 dan 65 tahun dikatakan kecewa selepas mendapati nama mereka tidak tersenarai untuk penerbangan khas itu.

Mereka kemudian dipercayai cuba membunuh diri menggunakan pil tidur tetapi tindakan mereka berjaya dihentikan pihak berkuasa.

 

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 5, 2020 @ 6:03pm
    d