mutakhir

Tiada kematian Covid-19 di PPR Taman Harmoni

Oleh Yun Mikail

JABATAN Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menafikan berita tular mendakwa kononnya berlaku kematian disebabkan koronavirus baharu (Covid-)19 di PPR Taman Harmoni, Sandakan.

Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata, mesej berkenaan tular menerusi aplikasi sosial Whatsapp.

Beliau berkata, berita itu palsu dan pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai perkara terbabit.

“Selain itu, kami juga meminta pihak tertentu tidak mempolitikkan isu kesihatan, terutama membabitkan penularan wabak Covid-19.

“Orang awam sebaliknya harus memberikan sokongan yang padu kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan JKNS dalam usaha menangani wabak ini,” katanya menerusi kenyataan media di Kota Kinabalu, semalam.

Sementara itu, sebanyak 15,879 ujian Covid-19 sudah dijalankan di Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu setakat kelmarin.

“Walaupun banyak halangan serta limitasi tetapi makmal ini tetap dapat beroperasi.

“Perkhidmatan makmal Hospital Queen Elizabeth (HQE) juga sudah mula beroperasi sejak 30 Mac lalu untuk ujian Covid-19 dijangka mampu menampung bilangan ujian yang semakin meningkat,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 6, 2020 @ 10:34am
    d