mutakhir

Sanitasi awam di lokasi tumpuan pelancong

Oleh Mohd Roji Kawi

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak melaksanakan sanitasi awam di lokasi tumpuan pelancong di Kuching.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, antara lokasi program itu hari ini ialah di Tuo Pek Khong yang kerap dikunjungi pelancong di bandar raya ini.

Selain itu, operasi nyah cemar dilaksanakan di Jalan Carpenter dan Jalan Ewe Hai yang turut menjadi tumpuan pelancong.

“Operasi nyah cemar sekitar Kuching hari ini turut dijalankan di Taman Hui Sing, Pasar Sungai Apong dan sanitasi bas di Dormani.

“Di Miri pula, program sanitasi dijalankan terhadap bas dari Lapangan Terbang Miri khususnya yang membawa penumpang yang baru tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya.

Beliau berkata, bas milik Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri dan Institut Pendidikan Guru (IPG) Miri turut menjalani proses nyah cemar.

“Sejak 30 Mac lalu hingga hari ini, sebanyak 53 program sanitasi awam dijalankan JBPM Sarawak di seluruh negeri ini.

“Program itu turut disertai pihak berkuasa tempatan (PBT), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga pihak berkuasa lapangan terbang,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 6, 2020 @ 2:42pm
    d