mutakhir

Sifar dua hari kes baharu Covid-19

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

DAERAH Petaling mencatatkan sifar kes baharu jangkitan Covid-19 selama dua hari berturut-turut.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Datuk Bandar Petaling Jaya Datuk Mohd Sayuthi Bakar ketika lawatan di lokasi sekatan jalan raya di Petaling Jaya, hari ini.

“Bagi saya, ini adalah pencapaian yang amat baik. Inisiatif penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan menunjukkan hasil.

“Ia adalah berita baik buat petugas di lapangan yang bertungkus-lumus memastikan penularan wabak Covid-19 dapat dikekang,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berharap semua pihak terus berusaha untuk mengekalkan sifar kes baru di Petaling Jaya.

Terdahulu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Mohd Sayuthi melakukan lawatan di lokasi sekatan jalan raya di Lebuhraya Persekutuan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 7, 2020 @ 5:01pm
    d