mutakhir

UPNM sumbang hasil penyelidikan

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

UNIVERSITI Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menyumbangkan pelindung muka dan pensanitasi tangan dihasilkan universiti berkenaan kepada petugas barisan hadapan.

UPNM dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan pihaknya menyahut seruan kerajaan untuk turut sama menyumbang usaha bagi menangani penularan wabak Covid-19 dengan penghasilan pelbagai produk dan perkhidmatan bagi kegunaan petugas barisan hadapan.

“Sumbangan itu diberikan kepada dua hospital iaitu Hospital Serdang dan Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan dengan setiap hospital masing-masing menerima 150 pelindung muka dan 100 pensanitasi tangan.

“Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Naib Canselor UPNM Leftenan Jeneral Datuk Abdul Halim Jalal kepada Timbalan Pengarah (Perubatan 1) Hospital Serdang Dr Md Fikri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Datuk Dr Mohd Amin Muslan,” katanya.

Turut hadir pada majlis penyerahan sumbangan itu Pemangku Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan Pengurusan UPNM Brigadier Jeneral (Bersara) Prof Dr Norazman Mohamad Nor.

Kenyataan itu turut memaklumkan UPNM sentiasa komited memberikan bantuan dan sokongan penuh kepada kerajaan dan agensi lain bagi penularan wabak Covid-19 melalui sumbangan produk dan perkhidmatan hasil penyelidikan serta inovasi universiti berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 9, 2020 @ 7:16pm
    d