mutakhir

Data KKM lebih tepat [METROTV]

Oleh Amir Abd Hamid dan Muhaamad Hafis Nawawi

DATA Kementerian Kesihatan (KKM) membabitkan jumlah jangkitan dan penularan Covid-19 lebih tepat kerana ia mengikut situasi semasa.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data dikeluarkan oleh sebuah agensi kajian iaitu JP Morgan hanya membabitkan ramalan jangkitan sahaja.

Menurutnya, KKM pula ia bergantung kepada realiti dan setepat yang mungkin malah ia juga lebih baik berbanding ramalan.

“Seperti kita jangka sebelum ini, minggu lalu adalah kemuncak dan kita sudah melakukan jangkakan itu,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Mengikut analisis JP Morgan meramalkan Malaysia ketika ini berada dalam fasa peningkatan kes jangkitan dan akan meningkat tinggi pada pertengahan bulan depan.

Melalui analisis itu, negara akan memiliki kes puncak sehingga mencecah 6,300.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 10, 2020 @ 7:31pm
    d