mutakhir

Tunku Azizah sumbang katil

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

RAJA Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengurniakan sumbangan katil kepada Hospital Sungai Buloh (HSB) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, HSB menerima sumbangan 100 katil dan HKL sebanyak 50 katil.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjunjung kasih mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong atas sumbangan ini.

“Sesungguhnya ia pencetus dorongan semangat yang lebih jitu buat petugas kesihatan agar terus berjuang dalam usaha menyelamatkan negara,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya hari ini.

Sementara itu, Raja Permaisuri Agong berkongsi perkara itu di akaun Instagramnya, airtangan_tunkuazizah.

“Semoga doktor-doktor, nurse-nurse (jururawat) dan semua kakitangan selamat dan selesa,” titah baginda.

Disiarkan pada: April 12, 2020 @ 8:38am
d