mutakhir

Penumpang MH2664 sila tampil jalani ujian Covid-19

Oleh Abdul Rahemang Taiming

PEJABAT Kesihatan Kawasan (PKK) Tawau menggesa penumpang yang menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH2664 dari Kuala Lumpur ke Tawau pada 26 Mac lalu supaya tampil menjalani ujian saringan Covid-19.

Memetik kenyataan di laman Facebook rasmi pejabat kesihatan berkenaan, keutamaan menjalani saringan adalah kepada penumpang yang duduk di barisan 18 hingga 24.

Katanya, penumpang terbabit diminta menghubungi PKK Tawau di talian 016-4729314 atau 019-8695855 secepat mungkin bagi menjalani saringan Covid-19.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Christina Rundy meminta orang awam supaya tidak panik dengan notis yang dikeluarkan pejabat kesihatan yang meminta kontak positif supaya tampil menjalani ujian saringan Covid-19.

Menurutnya, notis berkenaan dikeluarkan bagi menghubungi kontak kes positif Covid-19 supaya mereka datang menjalani pemeriksaan di fasiliti kesihatan yang berhampiran.

Katanya, langkah itu perlu dilakukan bagi memastikan mereka yang terdedah kepada kes positif Covid-19 dapat dikesan lebih awal.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 12, 2020 @ 5:51pm
    d