mutakhir

Tak perlu cari siapa lebih popular - Tun M

Oleh BERNAMA

KRISIS Covid-19 yang dihadapi negara ketika ini bukan masa untuk mencari siapa lebih popular, sebaliknya semua pihak perlu berusaha untuk mendepani dan menangani isu berkenaan secara bersama.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia kini berdepan krisis kesihatan dan ekonomi terburuk dalam sejarah.

sehubungan itu, beliau berkata, usaha perlu ditumpukan untuk mencari jalan bagi mengatasi masalah itu.

“Kita bukan sahaja perlu ucap terima kasih kepada barisan hadapan, bahkan kita perlu sama-sama tunjuk sokongan dan beri perhatian dengan menyahut nasihat yang diberikan oleh mereka yang benar-benar pakar dalam bidang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi akaun Twitternya @chedetofficial hari ini.

Sehingga 12 tengah hari, hari ini jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah 4,683 dengan 76 kematian.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 12, 2020 @ 6:00pm
    d