mutakhir

[UPDATE] Polis tunggu penjelasan pihak kilang

Oleh Samadi Ahmad

PESTA ‘Songkran’ yang tular di media sosial hari ini dipercayai diadakan di perkarangan sebuah asrama pekerja kilang warga Myanmar di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, setakat ini polis masih menunggu penjelasan dari pihak kilang terbabit.

“Kami mendapat maklumat aktiviti berkenaan diadakan kumpulan pekerja terbabit di kawasan asrama mereka,” katanya ketika dihubungi wakil Harian Metro.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan polis belum menerima laporan mengenai video membabitkan sekumpulan pekerja kilang dikatakan mengadakan pesta ‘Songkran’.

Video berkenaan tular di Facebook yang memaparkan tindakan sekumpulan pekerja Myanmar meraikan perayaan Songkran di sebuah kilang sarung tangan di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.

Mereka juga dilihat menari sambil meminum arak dan menerima kecaman ramai dari netizen kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

  • Belum terima laporan pesta 'Songkran'
  • Disiarkan pada: April 13, 2020 @ 12:11pm
    d