mutakhir

Portal Miti ditutup

Oleh Sri Ayu Kartika Amri

KEMENTERIAN Perdagangan Antarabangsa & Industri (Miti) mengumumkan sejak permohonan untuk syarikat meneruskan operasi dibuka pada 9 pagi hari ini, aliran trafik ke portal Miti mengalami peningkatan mendadak sehingga mencecah 176,000 pengguna dalam tempoh masa dua jam pertama.

Dalam kenyataan dikeluarkan, Miti mendapati majoriti pelawat ini bukan syarikat tetapi individu yang mengakses portal Miti.

” Jumlah pelawat yang terlalu tinggi ini tidak selari dengan jumlah syarikat dalam sektor yang diluluskan.

“Justeru itu, Miti akan mengkonfigurasikan semula sistem permohonan bagi memastikan hanya syarikat dalam sektor dibenarkan beroperasi sahaja boleh mengakses sistem permohonan terbabit,” katanya.

Sistem permohonan ini akan ditutup buat sementara pada jam 2 petang dan akan kembali berfungsi pada jam 4 petang melalui laman web MITI, https://application.miti.gov.my.

Miti ingin mengingatkan syarikat yang membuat pendaftaran memastikan maklumat syarikat mereka disimpan sebelum jam 2 petang.

Disiarkan pada: April 13, 2020 @ 2:11pm
d