mutakhir

Dutch Lady bekalkan barisan hadapan produk berkhasiat

Oleh Noraniza Azmi

PRIHATIN dengan pandemik Covid-19 yang melanda negara, Dutch Lady Milk Industries Berhad (DLMI) menjalankan tanggungjawab sosial mereka dengan memberi sumbangan kepada petugas barisan hadapan.

Beberapa hospital utama yang memerangi wabak Covid-19 seperti Hospital Sungai Buloh, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Kuala Lumpur menerima sumbangan produk Dutch Lady Malaysia.

Penghantaran produk Dutch Lady Di Hospital Sungai Buloh

Usaha murni DLMI itu diharap memberi semangat buat petugas barisan hadapan sekaligus memberi nutrien secukupnya buat mereka.

Sebagai pakar dalam pemakanan, DLMI menekankan nutrien daripada susu amat penting bagi memastikan petugas barisan hadapan kekal sihat dan kuat dalam usaha membasmi virus Covid-19.

Selain itu, sumbangan susu berkhasiat Dutch Lady turut diberikan kepada pihak polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), agensi penguatkuasa dan agensi kerajaan.

Penghantaran produk Dutch Lady untuk petugas barisan hadapan di hospital

Inisiatif ini turut menyumbang kepada 'The Lost Food Project' iaitu badan bukan kerajaan yang mengumpul produk makanan untuk diagihkan kepada komuniti memerlukan di kawasan Lembah Klang. Turut menerima sumbangan adalah seluruh pekerja DLMI.

Pengambilan susu amat penting kerana ia mengandungi nutrien seperti protein, vitamin D dan vitamin B12.

Oleh itu, DLMI menyarankan rakyat Malaysia minum susu dengan lebih kerap supaya dapat membekalkan keperluan nutrien seharian.

Disiarkan pada: April 14, 2020 @ 5:51pm
d