mutakhir

Siti Aisyah sudah tiada

Oleh Hazsyah Abdul Rahman

BAYI dilahirkan dengan usus di atas paru-paru menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.

Siti Aisyah Mohd Zulhusni, yang dilahirkan 6 April lalu, dilaporkan meninggal dunia di rumahnya di Kampung Tinusa 2, Sandakan kira-kira jam 5.50 petang.

Ibunya, Annie Liza Wabiso, 33, berkata kesihatan Siti Aisyah tidak menentu sejak beberapa hari lalu.

Menurutnya, mereka gagal membawa Siti Aisyah untuk dibedah segera dan dia akhirnya meninggal dunia.

“Sumbangan kami terima belum mencukupi. Namun kami berterima kasih kepada semua pihak yang memberikan sumbangan.

“Doakan kami sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan nyawa seorang bayi ‘bagaikan telur di hujung tanduk’ apabila dilahirkan dengan keadaan usus di atas paru-paru.

Siti Aisyah perlu dibedah segera, namun ibunya yang juga pemegang Pas Pengenalan Sementara IMM13 menghadapi masalah kewangan kerana kos pembedahan mencecah ribuan ringgit.

Berita berkaitan

Bayi lahir dengan usus atas paru-paru [METROTV]

Disiarkan pada: April 15, 2020 @ 6:49pm
d