mutakhir

Lindungi zon hijau - KP Kesihatan [METROTV]

Oleh Amir Abd Hamid dan Raja Noraina Raja Rahim

KETUA Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan, sesebuah kawasan boleh dikelaskan sebagai zon hijau atau bebas Covid-19 sekiranya tiada kes baharu direkodkan selama tempoh 14 hari.

Menurutnya, tiga negeri iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang tidak merekodkan pertambahan kes baharu wabak itu sejak beberapa hari lalu.

“Apa yang penting, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu menunggu tempoh inkubasi selama 14 hari sebelum boleh dikatakan kawasan itu bersih atau bebas Covid-19.

“Jadi sekarang, kita dalam proses untuk meneliti dan jika dalam tempoh 14 hari ini tiada kes di ketiga-tiga negeri itu maka mungkin kita boleh menganggap bahawa negeri itu sebagai zon hijau,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Noor Hisham berkata, KKM sedang mengenal pasti kawasan termasuk kampung, mukim, daerah dan negeri yang bebas kes Covid-19 untuk dilindungi.

Menurutnya, amat penting bagi pihaknya melindungi kawasan hijau itu dalam memastikan tiada lagi jangkitan baharu dilaporkan di kawasan berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 16, 2020 @ 7:52pm
    d