mutakhir

ATM perketat kawalan sempadan, perairan

Oleh BERNAMA

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) akan terus memperketatkan operasi kawalan di kawasan persempadanan daratan dan perairan negara.

Panglima ATM Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, pelaksanaan kawalan lebih ketat akan dilaksana menerusi kerjasama agensi-agensi keselamatan dan penguatkuasaan yang lain.

“Langkah itu dibuat dengan memperketatkan kawalan persempadanan daratan (Malaysia–Kalimantan) di Sarawak antaranya di Teluk Melano hingga ke Lubuk Antu dan persempadanan Limbang (Malaysia-Brunei).

“Kawalan ketat juga dilaksanakan di Ba’kelalan dan Bario dengan adanya rondaan dan sekatan jalan raya. Kawalan persempadanan daratan berkenaan turut melibatkan kerjasama antara ATM dan polis Pasukan Gerakan Am (PGA),” menurut kenyataan ATM.

Affendi dalam pada itu turut mengesahkan, ATM pada Khamis (16 April) berjaya mengesan dan menggagalkan cubaan pendatang tanpa izin Rohingya daripada memasuki negara menggunakan bot.

“Pesawat C-130H milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesan kehadiran sebuah bot mencurigakan di kedudukan 60 batu nautika barat Pulau Langkawi dan memaklumkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM),” katanya.

Berita berkaitan:

  • TUDM patahkan cubaan masuk PATI Rohingya
  • Disiarkan pada: April 17, 2020 @ 12:32pm
    d