mutakhir

Isu elaun petugas kesihatan akan ditangani

Oleh Amir Abd Hamid dan Raja Noraina Raja Rahim

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) akan melihat isu pembayaran elaun dalam kalangan petugas kesihatan yang terbabit dalam menangani Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, isu itu kini dalam penelitian KKM.

“Menteri Kesihatan (Datuk Seri Dr Adham Baba) sudah mengarahkan Ketua Setiausaha KKM.

“Sekarang sedang melihat kepada pembayaran petugas barisan hadapan,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan peruntukan tambahan RM1 bilion bagi meningkatkan keupayaan KKM untuk pembelian peralatan dan perkhidmatan bagi memerangi Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 18, 2020 @ 7:16pm
    d