mutakhir

Anak hilang ditemui mati di dalam kebun

Oleh Roselan Ab Malek

MISTERI kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah sejak semalam, akhirnya terjawab apabila dia dijumpai mati dalam keadaan tergantung di dalam kebun milik bapanya di Kampung Sang Lee, Raub.

Ketua Polis daerah, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, pemuda berusia 26 tahun itu ditemui tergantung di sebatang pokok oleh bapanya yang masuk ke kebun itu untuk mencarinya.

Menurutnya, berdasarkan maklumat awal si mati mengikut bapanya ke kebun pada 4 petang semalam.

“Hari ini pada 11.10 pagi ayah dan ibu si mati masuk ke kebun untuk mencari anaknya. Bapa si mati tidak pasti kenapa si mati mengambil tindakan begitu dan si mati belum berkahwin.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raub untuk bedah siasat dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Kama Azural berkata, pemeriksaan doktor ke atas tubuh badan mangsa tidak menemukan kecederaan dan tiada kesan perlakuan jenayah di kawasan tersebut.

“Doktor turut mengesahkan simati tiada rekod pesakit Covid-19 dan tiada sebarang unsur jangkitan Covid-19,” katanya.

Disiarkan pada: April 19, 2020 @ 6:59pm
d