mutakhir

56 penghuni maahad tahfiz dipindah ke pusat kuarantin

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

SERAMAI 56 penghuni Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah, di Hulu Langat, dipindahkan ke pusat kuarantin di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, hari ini.

Sepasukan kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor terdiri daripada dua pegawai dan enam anggota bersama dua bas tiba di maahad tahfiz itu kira-kira jam 10 pagi.

Semua pegawai dan anggota JBPM itu dilihat memakai pakaian perlindungan diri dalam operasi terbabit.

Kerja pemindahan dalam operasi itu selesai selepas semua penghuni berkenaan dihantar ke ILIM pada jam 11.45 pagi.

Proses sanitasi juga dilakukan sebelum dan selepas pemindahan terhadap semua pegawai dan anggota JBPM bertugas serta kenderaan digunakan dalam operasi berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 20, 2020 @ 2:48pm
    d