mutakhir

Pertimbang kajian antibodi kesan individu tidak bergejala [METROTV]

Oleh Yusmizal Dolah Aling dan Muhaamad Hafis Nawawi

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mempertimbangkan untuk menjalankan kajian atau melihat antibodi pada penduduk di kawasan setempat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebagai contoh di kawasan zon merah, mereka yang terdedah kepada virus koronavirus baharu (Covid-19) dalam tempoh seminggu akan membentuk antibodiImmunoglobulin M (IgM) dan Immunoglobulin G (IgG).

Beliau berkata, melalui kajian itu, pihaknya boleh mengetahui berapa ramai di zon yang positif dijangkiti tetapi simptom tidak dapat dikesan pada mereka.

Menurutnya, ini mungkin satu kajian yang baik dan boleh dipertimbangkan serta masa yang sesuai untuk melaksanakan ujian itu.

“Kita akan menggunakan ujian test kit iaitu antibodi test kit yang cepat supaya kita dapat ukur antibodi IgM atau IgG dengan hanya perlukan setitis darah untuk mengukurnya.

“Tetapi, ia bukan untuk kesan atau diagnogsis, sebaliknya kita nak tahu berapa ramai yang dalam komuniti telah dijangkiti tetapi tidak dikesan,” katanya pada sidang media harian di KKM, Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, ini adalah satu kajian yang boleh dilihat daripada segi jangkitan penularan dalam komuniti tetapi apa yang penting untuk melihat bagaimana hendak melakukan ujian itu.

“Mungkin perlu kerjasama rapat dengan klinik swasta, contohnya mengumpul data terkini untuk tindakan sewajarnya,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 20, 2020 @ 6:46pm
    d