mutakhir

Polis disyaki rogol wanita Mongolia ditahan kerja

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

PEGAWAI polis berpangkat Inspektor yang dibebaskan dengan jaminan polis kerana disyaki merogol dua wanita warga Mongolia di sebuah hotel pada 10 April lalu sudah diberikan surat tahan kerja.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, surat tahan kerja berkenaan diberikan kepadanya yang berusia 30 tahun itu, semalam.

Menurutnya, seperti dimaklumkan sebelum ini suspek terbabit dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu siasatan lanjut ke atasnya dijalankan.

“Kami sudah merujuk kertas siasatan kes berkenaan kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, untuk tindakan lanjut termasuk melengkapkan lagi beberapa perkara sebelum diserahkan kepada pihak pendakwa raya.

“Dua daripada tiga wanita warga Mongolia terbabit sedang ditempatkan untuk perlindungan di bawah Arahan Perlindungan Sementara (IPO) oleh pihak mahkamah bagi melengkapkan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, pada 11 April lalu, polis menyelamatkan kedua-dua wanita berusia 20 dan 37 tahun yang mendakwa dikurung di sebuah hotel di Petaling Jaya.

Berikutan itu, suspek berusia 30 tahun direman lima hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Berita berkaitan:

  • Siasatan kes rogol dirujuk Bukit Aman
  • Tiga wanita Mongolia diberi perlindungan bawah IPO
  • Siasat kes rogol wanita Mongolia, ATIPSOM
  • Polis rogol wanita Mongolia disambung reman
  • Suspek rogol wanita Mongolia dibebaskan
  • Inspektor ditahan rogol 2 wanita Mongolia
  • Disiarkan pada: April 23, 2020 @ 2:30pm
    d