mutakhir

312 rakyat Malaysia dari Timur Tengah tiba hari ini

Oleh Samadi Ahmad

SERAMAI 312 rakyat Malaysia yang terkandas di Timur Tengah dijangka tiba di tanah air petang, hari ini.

Mereka berjaya dibawa pulang hasil kerjasama antara Kedutaan Besar Malaysia di Rabat, Maghribi dan Kedutaan Besar Malaysia di Algiers, Algeria.

Kumpulan rakyat Malaysia itu dibawa pulang menaiki pesawat khas AirAsia X yang akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata, mereka terdiri dari rakyat yang terkandas di Algeria (262), Maghribi (24) dan Tunisia (26).

Wisma Putra turut mengucapkan terima kasih kepada Malawakil Rabat dan Malawakil Algiers serta semua pihak yang terbabit dalam menjayakan misi ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 24, 2020 @ 12:06pm
    d