mutakhir

Tukang rumah melecur teruk

Oleh Nurul Fatihah Sulaini

TUKANG rumah parah akibat melecur 90 peratus selepas dipercayai membakar dirinya dalam kejadian di Kampung Anak Ikan, Tok Dor, Jertih, hari ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, dalam kejadian 1 tengah hari, mangsa berusia 35 tahun yang mengalami masalah mental dikatakan membakar dirinya menggunakan petrol.

"Keadaan mangsa dilaporkan kritikal dan kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

"Pihak polis menerima panggilan daripada pegawai perubatan Hospital Daerah Besut memaklumkan seorang lelaki cedera akibat membakar dirinya sendiri," katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian dirujuk ke HSNZ untuk rawatan rapi dan siasatan lanjut berhubung sedang dijalankan.

Katanya, semakan mendapati mangsa turut mempunyai rekod jenayah mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Disiarkan pada: April 25, 2020 @ 9:06pm
d