mutakhir

Kluster Pasar Borong Kuala Lumpur [METROTV]

Oleh Noraina Raja Rahim dan Muhaamad Hafis Nawawi

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan 60 peniaga di Pasar Awam Bahau, Negeri Sembilan diarah menjalani ujian saringan Covid-19 selepas seorang peniaga disahkan positif.

Namun begitu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pasar awam berkenaan tidak diklasifikasi sebagai kluster baharu sebaliknya ia daripada kluster Pasar Borong Kuala Lumpur.

"Kita dapati peniaga terbabit adalah daripada kluster Pasar Borong Kuala Lumpur dan kembali ke Bahau menjalankan perniagaan di situ.

"Tetapi sekarang ini kita akan saring dan uji 60 peniaga di pasar awam berkenaan. Saringan sudah bermula dan kita harap dapat kawal penularan Covid-19 di kalangan peniaga di pasar awam itu," katanya dalam sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Noor Hisham berkata, pengesanan kes aktif juga akan dilakukan dengan mengesan individu yang mempunyai hubungan rapat dengan peniaga yang didapati positif.

Operasi Pasar Awam Bahau ditutup selama 14 hari bermula esok selepas seorang peniaga di pasar berkenaan disahkan positif Covid-19.

Peniaga berusia 44 tahun terbabit disahkan positif pada 24 April lalu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 26, 2020 @ 5:23pm
    d