mutakhir

Permohonan baharu BPN sehingga 30 April

Oleh Sri Ayu Kartika Amri

PENERIMA Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bagi isi rumah mahupun individu bujang yang memenuhi kriteria yang ditetapkan tetapi tidak tersenarai atau tidak lulus, boleh membuat permohonan baharu atau rayuan melalui portal rasmi BPN di https://bpn.hasil.gov.my.

Pemberian BPN bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup (BSH) manakala BPN bagi golongan M40 pula adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Dalam kenyataan dikeluarkan, LHDNM berkata, permohonan baharu dan rayuan ini hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 30 April 2020.

"Setiap permohonan baharu dan rayuan yang diterima akan mula diproses pada Mei 2020.

"Bagi permohonan yang lulus, bayaran secara sekali gus juga akan dilakukan pada Mei 2020.

"Pemohon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) BPN yang dimuatnaik pada portal rasmi BPN untuk mendapatkan maklumat lanjut atau klik pada capaian pantas," katanya.

Selain itu, sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini boleh dimajukan kepada LHDNM melalui, Hasil Care Line (HCL) di 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara, HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/ dan Media Sosial Rasmi LHDNM.

Disiarkan pada: April 27, 2020 @ 2:42pm
d