mutakhir

Covid-19: KKM tambah 2 makmal ujian di Sarawak [METROTV]

Oleh Suraya Roslan dan Raja Noraina Raja Rahim

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) bakal menambah dua lagi makmal ujian pengesanan Covid-19 di Sarawak sebagai usaha mempercepatkan pengesanan dan mengekang penularan wabak di negeri itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dua makmal itu beroperasi di Hospital Miri dan Hospital Bintulu.

"Kita ada perancangan meningkatkan dua lagi makmal dan setakat ini kita tidak menerima laporan mengenai kekurangan makmal di Sarawak.

"Malah jika ada makmal yang tidak berfungsi dan mengalami masalah, kita akan menggunakan sumber luar iaitu makmal swasta," katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai dakwaan makmal di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) tidak berfungsi untuk menjalankan ujian pengesanan Covid-19.

Menurutnya, makmal universiti itu antara tiga makmal yang menjalankan ujian pengesanan di Sarawak termasuk makmal di Hospital Umum Sarawak dan Hospital Sibu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 27, 2020 @ 5:44pm
    d