mutakhir

Jumpa dadah dalam beg tangan

Oleh Md Fuzi Abd Lateh

POLIS menahan seorang lelaki berusia 41 tahun yang cuba menyeludup dua paket dadah di hadapan plaza Tol Bukit Tagar, Hulu Selangor, 3.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamarudin berkata, suspek yang menunggang Honda EX5 ditahan anggota polis dalam operasi sekatan jalan raya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati suspek menyimpan dua paket dadah di beg tangan dalam bakul motosikal.

"Bahan terlarang itu disyaki syabu seberat 2.78 gram dan ganja seberat 12.57 gram.

"Ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis methaphetamine," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, suspek juga ditahan mengikut Seksyen 259 Kanun Keseksaan / 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPB) 1988 kerana ingkar PKP.

Disiarkan pada: April 28, 2020 @ 6:19pm
d