mutakhir

Bimbang Covid-19 menular ke Ba 'Kelalan

Oleh Melvin Joni

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Ba 'Kelalan, Baru Bian menggesa kerajaan memperketatkan kawalan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ), termasuk pintu keluar dan masuk di sepanjang sempadan antara Ba 'Kelalan dan Bario dengan Kalimantan.

Selain itu, katanya, langkah waspada itu juga perlu dibuat dengan menutup semua jalan tikus di sepanjang sempadan.

"Tindakan segera harus diambil susulan dua kes positif Covid-19 di Long Bawan, dalam kawasan Krayan di Kalimantan.

"Kedudukan Long Bawan di seberang sempadan amat dekat dengan Ba 'Kelalan. Ini sangat membimbangkan," katanya pada kenyataan hari ini.

Baru yang juga Ahli Parlimen Selangau turut mengingatkan penduduk yang tinggal dekat dengan sempadan agar tidak memasuki Kalimantan atau menerima pelawat buat masa ini.

"Kita perlu berhati-hati dan memainkan peranan untuk mencegah penyebaran Covid-19," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 28, 2020 @ 8:18pm
    d