mutakhir

Info palsu ni...

Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

INFO tular mengenai 40 individu daripada Kluster Pasar Awam Bahau (PAB) yang diambil sampel Covid-19 pada Selasa lalu, positif virus berkenaan, disahkan palsu.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Jempol, Syahrul Nizam Saleh berkata, sebaliknya hanya seorang peniaga positif Covid-19 dan 39 kontak rapat sudah diambil sampel.

"Keputusan sampel berkenaan belum diterima setakat hari ini dan dijangka akan diterima tiga hari lagi.

"Bagaimanapun, 39 individu itu dalam proses untuk dihantar ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau yang diwartakan sebagai pusat kuarantin," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Syahrul Nizam berkata, masyarakat disaran untuk terus kekal di rumah, sentiasa mengamalkan penjarakan sosial dan meningkatkan kebersihan diri.

Sebelum ini, media melaporkan seorang peniaga di pasar awam berkenaan positif Covid-19 pada 24 April lalu.

Berikutan itu, Pasar Awam Bahau ditutup selama 14 hari bermula 27 April sehingga 10 Mei sebelum seramai 191 pekerja, peniaga dan orang ramai diarah menjalani ujian saringan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: April 30, 2020 @ 6:38pm
    d