mutakhir

Lesen UNHCR tidak sah - JPJ

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

LESEN Memandu Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) tidak sah digunakan di Malaysia.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, lesen memandu oleh pemegang kad UNHCR tidak boleh digunakan untuk memandu apa jua jenis kenderaan bermotor di negara ini.

"Ini selaras dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987. Selain itu, ia berdasarkan kepada petikan kenyataan media Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahawa pemegang kad UNHCR tidak mempunyai sebarang status, hak dan asas untuk mengemukakan sebarang tuntutan kepada kerajaan Malaysia," kata kenyataan itu.

Katanya, JPJ sentiasa komited dalam memastikan kedaulatan undang-undang sentiasa terpelihara.

"JPJ tidak sesekali berkompromi terhadap apa juga pelanggaran peraturan jalan raya ditetapkan," katanya.

Disiarkan pada: May 1, 2020 @ 8:50pm
d