mutakhir

Covid-19: Lalai amal normal baharu, risiko penularan mendadak [METROTV]

Oleh Shamran Sarahan

SEKIRANYA rakyat lalai dan alpa untuk mengamalkan normal baharu dalam kehidupan seharian, risikonya adalah penularan mendadak wabak Covid-19.

Itu amaran keras Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sambil mengingatkan sekali lagi bahawa pandemik virus masih belum berakhir di negara ini.

Justeru, katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta semua lapisan masyarakat teruskan kerjasama dan komitmen dalam memainkan peranan masing-masing untuk menewaskan Covid-19.

"KKM ingin mengingatkan rakyat Malaysia bahawa pandemik Covid-19 ini belum berakhir.

"Secara global, sebanyak 187 negara terkesan dengan jumlah kes positif yang kini mencecah 3,343,777 dengan 238,650 kematian," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media harian Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Jumlah kes baharu positif Covid-19, hari ini, di Malaysia kembali mencatat tiga digit iaitu 105 kes selepas 15 hari berturut-turut mencatat dua digit sejak 17 April lalu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: May 2, 2020 @ 6:05pm
    d