mutakhir

50,000 kit ujian pantas antigen diagih KKM [METROTV]

Oleh Suraya Roslan dan Raja Noraina Raja Rahim

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengagihkan sebanyak 50,000 kit ujian pantas antigen atau 'rapid test kit' untuk menjalankan ujian pengesanan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peralatan itu diagihkan di empat lokasi berasingan.

"Sebanyak 10,000 diagihkan ke Sabah, Sarawak (10,000), Johor (15,000) dan baki 15,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Hari ini kita sudah menerima sampel daripada kit ujian pantas antigen itu. Hasilnya akan diperoleh sama ada esok atau hari berikutnya," katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, sebanyak 100,000 lagi kit ujian pantas antigen itu dijangka diterima pada hujung minggu ini.

Katanya, petugas kesihatan akan diberi latihan untuk menggunakan kit ujian berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: May 5, 2020 @ 6:40pm
    d