mutakhir

Hanya 10 daerah zon merah Covid-19

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

HANYA 10 daerah di Malaysia masih dikategorikan sebagai zon merah Covid-19.

Jumlah itu menurun selepas Seremban, Negeri Sembilan mencatatkan pengurangan kes iaitu 39 kes setakat 12 tengah hari semalam, sekali gus meletakkan daerah itu kini dalam zon kuning.

Zon hijau pula meningkat kepada 112 kawasan dengan Kota Belud, Sabah menjadi daerah terbaharu mencatatkan sifar kes jangkitan Covid-19.

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) juga menunjukkan ibu kota Kuala Lumpur merekodkan jumlah kes jangkitan tertinggi iaitu sebanyak 156 kes.

Ia diikuti Kuching dengan 110 kes, Batu (90), Gombak (89), Kampung Baru (68), Kluang (62), Petaling (51), Hulu Langat (45), Seri Petaling (47) dan Kota Samarahan (46).

Selain itu, Selangor adalah negeri tertinggi kes positif Covid-19 yang mencatatkan jumlah keseluruhan 1,555 kes.

Setakat semalam, Malaysia merekodkan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 6,383 kes dan 1,710 kes aktif yang masih dirawat.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: May 6, 2020 @ 2:25pm
    d