mutakhir

Naz JJCM reviu makanan popular bazar Ramadan

Oleh Muhamad Shaifullah Tayep

MENIKMATI juadah berbuka puasa yang menepati selera ketika Ramadan sememangnya menjadi keutamaan kita.

Namun, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu sedikit sebanyak memberi kekangan. Walaupun sesetengah negeri telah pun memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat  (PKPB), semua pihak masih terus memastikan keselamatan diri dan elakkan berada di tempat awam.  

Justeru itu, Grab dengan kerjasama Media Prima menghasilkan semula program tempatan terkemuka Jalan Jalan Cari Makan versi PKP iaitu Jari-Jari Cari Makan bagi membantu anda mendapatkan juadah berbuka puasa pilihan namun melalui cara lebih selamat.

Program dihoskan oleh Nazrudin Rahman juga menampilkan bekas penyanyi rock legenda, Amy Search sebagai artis jemputan Jari-Jari Cari Makan. Program tiga kali siaran kapsul selama tiga minit ini akan disiarkan menerusi televisyen serta turut boleh ditonton menerusi saluran digital TV3 Mpop!.

Jari-Jari Cari Makan mengajar penonton membuat tempahan juadah buka puasa kegemaran melalui aplikasi Grab iaitu 'GrabFood Ramadan Favourites', 'Grab e-Kitchen Bazar' dan memberi sokongan terhadap peniaga dari rumah yang boleh menghantar barang jualan mereka kepada pelanggan menggunakan 'GrabExpress Ramadan'.

1. GrabFood Ramadan Favourites

Untuk kemudahan anda, GrabFood telah mengesyorkan lebih 900 kedai dan restoran popular dari seluruh Malaysia yang menyajikan juadah buka puasa kebiasaan anda sekeluarga. Cuma perlu pesan dari aplikasi Grab dan makanan akan dihantar terus ke rumah anda.

Pelbagai hidangan dari jenama terkemuka boleh dipilih seperti Penang Road Famous Teochew Chendul, PappaRich, The Chicken Rice Shop, Tetangga Kita, Hayaki dan banyak lagi restoran terkenal pastinya menambat selera anda.

2. Grab e-Kitchen Bazar (Selangor)

Grab e-Kitchen Bazar menawarkan pelbagai juadah kegemaran bazar Ramadan terus ke pintu rumah, hasil kerjasama dengan kerajaan negeri Selangor dan Hijrah Selangor.

Pelbagai hidangan boleh dijadikan pilihan seperti murtabak, roti john, nasi kerabu, cendol, bubur pulut hitam, kuih muih seperti nona manis, koci dan banyak lagi.

Sambil menjamu selera, anda juga sebenarnya membantu kelangsungan hidup peniaga bazar kita.

Sokonglah inisiatif ini dengan membuat pesanan sekarang. Pesanan dibuka bermula jam 2.30 petang hingga 6 petang sepanjang Ramadan di lokasi terpilih di Selangor. Rujuk senarai lokasi di grb.to/GrabRamadan. Ikuti cara berikut untuk buat pesanan:

3. Sokong usahawan kecil dengan GrabExpress Ramadan

Grab juga bekerjasama dengan peniaga dari rumah yang menggunakan servis GrabExpress untuk menghantar makanan atau produk mereka kepada pelanggan dengan memaparkan bisnes mereka dalam aplikasi Grab. Ia merupakan satu inisiatif untuk memberi sokongan kepada peniaga kecil-kecilan yang berniaga daripada rumah.

Daripada anda #masakapatakjadiharini, apa kata pesan sahaja juadah istimewa dari mereka seperti tepung pelita, puding karamel, chocolate brownies, takoyaki, tauhu bergedil, ayam percik, satay dan macam-macam lagi! Caranya senang sahaja, buka aplikasi Grab dan tekan pada kad 'GrabExpress Ramadan' untuk melihat pilihan anda.

#DudukRumah dan #KekalSelamat

Ketika tempoh PKP dan PKPB ini, Grab menggalakkan anda untuk sentiasa duduk di rumah dan kekalkan keselamatan bersama keluarga dengan menempah juadah buka puasa dengan Grab. Amalkan tip-tip berikut untuk Ramadan yang lebih selamat:

  • Penghantaran tanpa sentuh. Hubungi rakan penghantar Grab menerusi GrabChat untuk memastikan lokasi penghantaran makanan sama ada di depan pintu rumah atau lobi kediaman.
  •  Selepas menerima makanan, sejukkan dan panaskan makanan dengan cara yang betul sebelum menikmatinya.
  • Pesan juadah buka puasa anda sebelum jam 5 petang untuk mengelakkan kesesakan di restoran dan bagi membolehkan rakan penghantar anda berbuka puasa di rumah mereka.  

Terlepas tayangan episod kedua Jari-Jari Cari Makan? Jangan risau, tonton di sini:

Saksikan juga episod istimewa yang menampilkan Amy Search! Apa Amy cari untuk musim perayaan ini, Grab ada! Jom tengok apa yang Amy kongsikan dengan Naz dari rumahnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai servis Grab ketika bulan Ramadan, layari laman web Grab.

Disiarkan pada: May 6, 2020 @ 3:47pm
d