mutakhir

Covid-19: Penularan tempatan terkawal [METROTV]

Oleh Amir Abd Hamid dan Raja Noraina Raja Rahim

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati kes penularan tempatan wabak Covid-19 di negara ini masih dalam peringkat terkawal.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya mengambil pendekatan tertumpu membabitkan tiga kumpulan sasar.

Menurutnya, tiga kumpulan sasar itu ialah kluster perhimpunan Seri Petaling, sekolah tahfiz dan warga asing.

"Jadi, ini tiga kumpulan sasar kita. Kenal pasti lokaliti mereka dan kita ambil tindakan aktif kepada pengesanan kes kepada lokaliti dan kumpulan sasar.

"Jadi, kalau kita lihat hari ini 45 kes masih dua angka dan masih terkawal," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian perkembangan terkini Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, pihak KKM mengharapkan catatan kes baharu jangkitan Covid-19 berkurangan dalam tempoh seminggu lagi.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: May 6, 2020 @ 6:15pm
    d