mutakhir

MySejahtera inisiatif putuskan rantaian Covid-19 [METROTV]

Oleh Nabihah Kamal

APLIKASI MySejahtera dibangunkan kerajaan sebagai inisiatif pengawasan penularan wabak Covid-19 yang menjadi pandemik dunia.

Aplikasi ini dibangunkan hasil kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) .

Dua kategori pengguna aplikasi ini iaitu rakyat Malaysia dan warga asing yang menetap di negara ini.

Ia boleh muat turun menerusi Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery secara percuma.

Maklumat pengguna akan digunakan untuk membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merancang dan melaksanakan tindakan yang sewajarnya.

Oleh itu, sikap jujur pengguna semasa menghantar maklumat memberi impak dalam membantu KKM memutuskan rantaian jangkitan pandemik ini.

Bagaimanapun, kerajaan memberi jaminan kepada pengguna bahawa mereka tidak perlu risau kerana semua maklumat terpelihara di bawah kerahsiaan maklumat rekod perubatan.

Selain itu, menerusi MySejahtera pengguna boleh mendapatkan bantuan melalui fungsi 'Bantuan Teknikal'.

Melalui lapan langkah saja pengguna berjaya mendaftarkan dan sekali gus membantu kerajaan untuk memutuskan rantaian Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: May 6, 2020 @ 9:05pm
    d