mutakhir

Super Brand Day Mydin di Shopee beri tawaran istimewa

Oleh hmdigital

MYDIN Mohamed Holdings Berhad (Mydin) menawarkan pelbagai penjimatan menerusi Super Brand Day (SBD) di platform e-dagang, Shopee sebagai persiapan meraikan Aidilfitri secara sederhana tetapi penuh bermakna.

Berlangsung selama lima hari bermula 4 hingga 8 Mei, dengan SBD pada 6 Mei, pelbagai produk ditawarkan pada harga hebat disamping peraduan yang menjanjikan hadiah menarik.

Pengarah Urusannya, Datuk Wira Ameer Ali Mydin berkata sebagai rangkaian pemborong dan peruncit tempatan, Mydin menjadi pusat sehenti dengan menawarkan rakyat Malaysia pengalaman membeli-belah yang selamat dan selesa bagi mendapatkan barangan keperluan.

Katanya, pelanggan boleh melakukan pembelian secara dalam talian demi mengelakkan penyebaran Covid-19 terutamanya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

"Di MYDIN, kami amat memahami situasi sukar yang dihadapi sekarang dan sentiasa tampil ke hadapan untuk membantu pelanggan dengan menawarkan pelbagai barangan keperluan harian dan keperluan raya pada nilai yang berpatutan.

"Kerjasama dengan Shopee ini adalah inisiatif bagi menggalakkan orang ramai mematuhi seruan kerajaan untuk duduk di rumah.

"Dengan itu, mereka kini boleh mendapatkan barangan keperluan secara dalam talian dengan mudah dan cepat," katanya.

Mydin kini menawarkan lebih daripada 9,000 produk di Shopee dengan pelbagai pilihan barangan termasuklah kelengkapan rumah, makanan ringan, produk penjagaan diri.

Barangan keperluan menyambut syawal seperti Baju Kurung, Baju Melayu, biskut raya serta perhiasan rumah termasuk lampu hiasan, balang kuih dan langsir juga turut ditawarkan.

Istimewa sepanjang tempoh SBD ini, pengguna boleh menikmati pelbagai barangan dengan Jaminan Harga Terendah pada hanya di bawah harga RM10 dan bundle "Buy More Save More" untuk membantu mereka supaya lebih berjimat.

Dengan hanya berbelanja minimum RM70 di kedai rasmi Mydin, pengguna layak menyertai peraduan Belanja & Menang yang menawarkan pelbagai hadiah hebat sepanjang tempoh SBD ini.

Pemenang Bertuah Harian akan membawa pulang hadiah termasuk TV LED HD Penuh 40 inci XMA bernilai RM799 dan baucar tunai hingga RM2,000.

Selain itu, pengguna yang berbelanja minimum RM70 dengan tambahan bundle Mamee Mr Potato sebanyak 3 tin pada harga RM10 pula berpeluang memenangi Hadiah Utama iPad jenama Apple bernilai RM1,499 berserta baucar tunai bernilai RM2,000.

Sementara itu, sebagai usaha memberi balik kepada masyarakat, sebahagian daripada kutipan jualan produk jenama MYDIN seperti MyRasa dan My Home akan disalurkan ke Tabung MYDIN bagi membantu golongan yang memerlukan.

Menurut Ammer, hasil dana tabung itu akan disumbangkan kepada golongan kurang bernasib baik pada sepanjang tahun.

"Kami harap sumbangan ini dapat membantu meringankan beban dan mengukir senyuman mereka yang kurang bernasib baik," katanya.

Tawaran menarik dari MYDIN ini boleh didapati di https://shopee.com.my/m/super-brand-day

Disiarkan pada: May 7, 2020 @ 2:14pm
d