mutakhir

Ceramah Tuan Guru Ismail Kamus sentiasa ditunggu

Oleh Samadi Ahmad

CELOTEH pendakwah terkenal, Allahyarham Datuk Ismail Kamus yang bersahaja disulami nasihat berguna ketika berceramah sentiasa menjadi ingatan kepada generasi pada tahun 80-an dan 90-an.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, kehadirannya sentiasa dinantikan umat Islam di negara ini setiap kali Forum Perdana Ehwal Hal Ehwal Islam (kini Forum Perdana Ehwal Islam) di TV1.

Menurutnya, kali terakhir beliau bertemu Allahyarham pada 17 Disember tahun lalu, dan mereka sempat makan bersama.

"Walaupun kelihatan uzur, arwah tetap bersemangat menggagahkan diri untuk bersama pada malam itu.

"Kita kehilangan seorang ilmuan dan pendakwah yang benar-benar memahami denyut nadi ummah dan semoga Allah SWT memberi ketabahan kepada keluarga Allahyarham," katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook milik beliau.
Datuk Ismail Kamus disahkan meninggal dunia di rumahnya di Ampang, Selangor, pada 12.29 tengah malam tadi.

Zulkifli berkata, ceramah dan nasihat arwah berjaya menarik pelbagai lapisan masyarakat sama ada yang disiarkan menerusi televisyen atau koleksi kasetnya yang banyak terjual.

Berita berkaitan:

  • 'Tuan Guru Ismail Kamus meninggal dunia'
  • Disiarkan pada: May 8, 2020 @ 10:42am
    d