mutakhir

'Bisikan kalimah syahadah terakhir'

Oleh Samadi Ahmad

"MALAM ini sempat membisikkan kalimah syahadah di saat akhir kehidupan di dunia (Allahyarham Datuk Ismail Kamus)," luah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di laman rasmi, Facebooknya, hari ini.

Menteri Alam Sekitar dan Air itu menyifatkan Allahyarham Ismail bukan sahaja seorang sahabat seperjuangan, malah menjadi guru kepada dirinya.

Tuan Ibrahim berkata, sepanjang hayat Ismail, beliau pernah menyertai Allahyarham dalam puluhan program keagamaan dianjurkan di negara ini.

"Saya bersaksi dia seorang hamba Allah yang ikhlas, mesra dan banyak menyumbangkan ilmu dalam mendidik umat (Islam) di negara ini," katanya melalui hantaran di Facebook itu.

Pendakwah terkenal itu meninggal dunia di rumahnya di Ampang, Selangor, 12.29 tengah malam tadi.

Allahyarham bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia selama sepenggal pada 1999 hingga 2004 dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Berita berkaitan

Ceramah Tuan Guru Ismail Kamus sentiasa ditunggu

Tuan Guru Ismail Kamus selamat dikebumikan

Tuan Guru Ismail Kamus meninggal dunia

Dakwaan Ismail Kamus meninggal palsu

Ismail Kamus bertambah baik

Doakan ayah saya - Firdaus Ismail

Disiarkan pada: May 8, 2020 @ 1:29pm
d