mutakhir

Agih 750 ayam buat penduduk

Oleh Nazri Abu Bakar

SEBANYAK 750 ayam mentah diagih kepada penduduk dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor berhampiran Taman Tangga Batu Permai, Melaka, hari ini.

Program anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan itu dilakukan secara pandu lalu dalam kalangan penduduk bermotosikal dan berkereta.

Nor Azman berkata, pengagihan turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md Ali yang berkesempatan mengagihkan kepada masyarakat setempat.

"Setiap penduduk menerima seekor ayam dan berlangsung dalam masa sejam.

"Ini program kali ketiga diadakan sepanjang Ramadan selepas dua kali diagihkan di laluan Pantai Puteri sebelum ini. Malah kami bercadang mengadakan program sama sebelum Aidilfitri di lokasi lain pula," katanya.

Disiarkan pada: May 8, 2020 @ 9:46pm
d