mutakhir

Covid-19: Kilang ayam diarah tutup

Oleh Isma Ismail dan Yusmizal Dolah Aling

TIGA premis diarahkan tutup oleh kerajaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) setakat ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kilang memproses ayam di Negeri Sembilan menjadi yang pertama diarahkan tutup selepas pekerjanya didapati positif Covid-19.

Katanya, pasar raya juga ditutup selepas pengawal keselamatan di situ disahkan positif wabak berkenaan.

"Yang ketiga ialah tapak pembinaan di Ampang selepas pekerja di situ didapati positif.

"Saya ingin tegaskan kepada semua, jika ada tempat kerja mereka didapati pekerja positif Covid-19, jika Kementerian Kesihatan Malaysia merasakan ia perlu ditutup, maka kerajaan akan mengarahkan supaya premis perniagaan mereka ditutup.

"Pasar raya dan kilang ayam itu ditutup bagi membolehkan saringan dibuat ke atas pekerja mereka, dan premis mereka disanitasi," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: May 9, 2020 @ 2:59pm
    d