mutakhir

Hotel boleh ambil tindakan [METROTV]

Oleh Isma Ismail dan Yusmizal Dolah Aling

TERSERAH kepada pihak hotel untuk mengambil tindakan kepada 'kluster kayangan' yang didapati merosakkan bilik mereka menginap sepanjang menjalani kuarantin sebelum ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengusaha hotel mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada individu terbabit.

"Timbul lagi isu kluster kayangan ini ya. Siapapun mereka juga tertakluk kepada peraturan dan undang-undang.

"Kalau mereka langgar undang-undang. Terserah kepada hotel untuk ambil tindakan. Ada yang rosakkan barangan dalam bilik hotel, cadar, macam-macam saya dengar. Hotel boleh ambil tindakan ke atas mereka," katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Tular di media sosial berhubung keadaan hotel yang dirosakkan oleh mereka yang menjalani kuarantin sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Ia mengundang kecaman awam khususnya mereka yang mengaitkan isu berkenaan dengan kluster kayangan seperti yang heboh diperkatakan sejak awal PKP dilaksanakan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: May 9, 2020 @ 3:36pm
    d