mutakhir

Hina TMJ, Patrick Teoh ditahan

Oleh Mohamed Farid Noh

SELEBRITI dan penyampai radio, Patrick Teoh ditahan polis bagi membantu siasatan kerana menghina Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Teoh dipercayai sudah berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) sejak malam tadi selepas selesai memberi keterangan di IPD Petaling Jaya semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay dijangka memberi kenyataan terhadap kes berkenaan hari ini.

Peguam Teoh, Rajan Navaratnam dilaporkan berkata, pelakon komedi itu didakwa berkongsi semula video lama Tunku Ismail dan yang berpakaian tentera dan mengendalikan senjata api.

Teoh juga didakwa memuat naik kata-kata kasar ketika berkongsi video itu di akaun Facebooknya, Khamis lalu sebelum laporan polis dibuat.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penggunaan rangkaian yang tidak betul.

Disiarkan pada: May 10, 2020 @ 11:58am
d