mutakhir

Belum jumpa

Oleh Ahmad Ismail

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak perempuan dilaporkan hilang dihanyutkan arus deras di Parit Bugis, dekat Panchor, Muar, Ahad lalu diteruskan.

Hari ketiga SAR S Priaangka,10, hari ini dipertingkatkan dengan dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Hairulnizam Redzuan berkata, SAR hari ini membabitkan 19 orang anggota BBP Pagoh, Muar dan Segamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan polis.

Hairulnizam berkata, tumpuan pencarian di kuala Sungai Besar Panchor di Sungai Muar.

"Masa sama pencarian turut dilakukan di sekitar laluan air, tebing sungai, semak samun dan belukar di sekitar Parit Bugis," katanya.

Berdasarkan saksi, mangsa dilihat terjatuh lalu dihanyutkan arus sebelum kejadian itu dimaklumkan kepada Balai Polis Panchor Ahad lalu.

Bomba menerima panggilan daripada polis berhubung kejadian itu jam 6.22 petang sebelum tujuh anggota dan seorang pegawai serta satu jentera penyelamat dikejarkan ke lokasi.

Berita berkaitan

Kanak-kanak hilang dihanyut arus deras

Disiarkan pada: May 12, 2020 @ 10:55am
d