mutakhir

Jururawat adalah 'unsung hero' [METROTV]

Oleh Amir Abd Hamid

KETUA Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan jururawat sebagai tulang-belakang sektor kesihatan negara dan diibaratkan sebagai wira tidak didendang.

Bercakap demikian sempena Hari Jururawat Sedunia 2020 hari ini, beliau meminta jururawat terus teguh khususnya ketika negara berhadapan pandemik Covid-19.

Menurutnya, barisan jururawat boleh dianggap sebagai wira tidak didendang.

"Saya ingin mengucapkan selamat Hari Jururawat kepada semua jururawat seluruh Malaysia di mana sahaja berada. "Tanggungjawab anda sangat besar dalam perawatan pesakit tanpa mengira tempat dan waktu.

"Terima kasih di atas sumbangan dan komitmen anda sebagai barisan hadapan dan belakang tabir dalam peperangan kita untuk membendung penularan wabak Covid-19," katanya dalam ucapan disiarkan di TV1.

Dr Noor Hisham berkata, sesungguhnya jururawat adalah tulang belakang sistem kesihatan negara.

Beliau berkata, sambutan Hari Jururawat pada 12 Mei setiap tahun adalah pengiktirafan di atas sumbangan jururawat sebagai wira dan wirawati negara.

"You are the unsung heroes. Kita teruskan perjuangan kita, kita teguh bersama, kita mesti menang," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: May 12, 2020 @ 1:47pm
    d