mutakhir

Tiga suspek bunuh kanak-kanak direman

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

TIGA suspek yang ditahan berhubung kes bunuh kanak-kanak perempuan warga asing di hadapan pusat beli-belah di Jalan Memanda 3, di Ampang, semalam, direman tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, reman terhadap ketiga-tiga suspek bermula hari ini sehingga 18 Mei nanti untuk siasatan lanjut.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, Harian Metro melaporkan mayat kanak-kanak perempuan warga asing berusia enam tahun itu ditemui di hadapan pusat beli-belah berkenaan jam 9.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang pengawal keselamatan yang memaklumkan menemui mayat kanak-kanak itu di lokasi kejadian.

"Siasatan awal mendapati kanak-kanak yang botak itu berusia dalam lingkungan enam tahun dan berpakaian lengkap.

"Mangsa yang juga pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) ditemui dalam keadaan terbaring di atas bahu jalan," katanya.

Berita berkaitan:

  • Kejam sungguh!
  • Disiarkan pada: May 12, 2020 @ 2:01pm
    d