mutakhir

Kemuka notis tuntutan RM30 juta terhadap C4

Oleh Murni Wan Omar

MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mengemukakan notis tuntutan RM30 juta terhadap Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) yang mengeluarkan kenyataan fitnah bahawa beliau terbabit dalam skandal kontrak perolehan darurat Kementerian Kesihatan (KKM)

Notis tuntutan itu dikemukakan melalui Tetuan Fauzi dan Nasser terhadap C4 di pejabat mereka di Petaling Jaya hari ini.

Peguam Nasser Yusof ketika dihubungi mengesahkan bahawa ketika mereka pergi ke pejabat itu ia dalam keadaan bertutup dan tiada kakitangan di situ.

Menurutnya, dakwaan oleh C4 itu adalah berniat jahat dan tidak benar serta mencemarkan reputasi anak guamnya.

"Oleh itu kami menuntut C4 membayar RM30 juta sebagai ganti rugi terhadap anak guam kami dalam masa tujuh hari.

"Anak guam kami juga menuntut permohonan maaf melalui sidang akhbar, laman web dan media sosial mereka," katanya.

Tambah beliau lagi, jika syarikat itu gagal berbuat demikian dalam tempoh tujuh hari, pihaknya akan memfailkan saman sivil di mahkamah.

Disiarkan pada: May 12, 2020 @ 2:43pm
d