mutakhir

Treler muatan kereta terbabas

Oleh Mohd Roji Kawi

SEKURANG-KURANGNYA tiga kereta terjatuh ke sungai selepas treler pengangkutnya terbabas di Kilometer 52, Jalan Betong-Sarikei di Saratok, 12.15 tengah malam tadi.

Treler itu pula mengangkut tujuh kereta baru dan dua terpakai.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, ketika kejadian treler itu dalam perjalanan dari Kuching ke Bintulu.

"Tiba di lencongan (projek Pan Borneo), treler itu hilang kawalan lalu terlanggar pembahagi jalan sebelum terbabas ke cerun jalan.

"Akibatnya, ada kereta yang terjatuh ke sungai. Semua kereta terbabit mengalami pelbagai kerosakan," katanya dihubungi.

Bagaimanapun, katanya, pemandu treler berusia 49 tahun selamat.

"Kerja-kerja menaikkan treler serta sembilan kereta itu selesai jam 3.30 petang tadi," katanya.

Disiarkan pada: May 13, 2020 @ 8:02pm
d