mutakhir

8 daerah masih zon merah

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

LAPAN daerah di empat negeri masih dikategorikan sebagai zon merah kes jangkitan Covid-19 setakat jam 12 tengah hari, semalam.

Berdasarkan kenyataan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), daerah terbabit adalah Seremban dan Rembau di Negeri Sembilan; ibu kota Kuala Lumpur, Batu, Kampung Baru, Sri Petaling; Petaling di Selangor serta Kuching di Sarawak.

Ibu kota Kuala Lumpur mencatatkan kes aktif Covid-19 tertinggi dengan 155 kes diikuti Rembau (151) dan Batu (104).

Sementara itu, Kampung Baru mencatatkan 97 kes aktif diikuti Kuching (67), Petaling (61), Sri Petaling (45) dan Seremban (41).

Dalam pada itu, Pekan dan Rompin di Pahang yang sebelum ini berada dalam zon hijau kembali mencatatkan kes baharu positif Covid-19 iaitu masing-masing satu kes.

Infografik CPRC juga menunjukkan terdapat pertambahan dua kawasan zon hijau apabila mencatatkan sifar kes Covid-19 dengan menjadikan keseluruhan zon hijau sebanyak 123 kawasan.

Daerah terbaharu yang diisytiharkan zon hijau itu adalah Asajaya dan Serian di Sarawak.

Disiarkan pada: May 14, 2020 @ 3:21pm
d